Wednesday, June 26, 2019

Pembelian Sim Kad di China

Sesiapa yang pernah datang China 8 tahun lepas, mesti tahu pembeli sim kad mudah, boleh didapati mana-mana kedai runcit dan juga kiosk tepi jalan (yang kedai jual-jual air). Tapi sekarang dah berubah. Keadaan agak rumit sikit, tapi masih mudah. Dan harga dia mahal sikit je la dari yang sebelum ni.

Sekarang nak beli nombor sim kad baru kena pergi store operator tu sendiri.


Operator yang ada di China (setakat yang saya tahu)

  • China Mobile
  • China Unicom
  • China Telecom

Sebelum datang ke sini anda boleh buat 'research' dekat mana kedai atau 'branch' yang berdekatan dengan tempat penginapan. Di lapangan terbang mesti ada jual, cuma kalau 'walk-in' dikedai ada banyak pakej yang boleh pilih mengikut kesesuaian ataupun jangka masa di China. 

Proses untuk beli sim kad
  • Passport
  • Duit
Dua benda di atas tu je yang perlu untuk beli sim kad. Staff dia akan scan passport dan juga ambil gambar kita tujuan untuk pendaftaran. Tak lama pun buat, mungkin dalam 15 minit siap. Dan dia akan suruh kita pilih nombor. Lepas tu dia akan aktifkan sim kad dan masuk dalam hp.

Setakat ni saya guna China Unicom 中国移通. Saya bayar 100 yuan. Pakej yang saya pilih ialah 19 yuan 1Gb internet untuk sebulan, dan ada baki 120 yuan didalam. Kira tak ada caj sebab topup banyak. Jadi yang ingin melancong beberapa hari atau seminggu macam tak berbaloi topup sampai 100 yuan. Jadi yang ni kena tanya staff, saya tak sempat tanya sebab dia bagi pakej ni memandangkan saya akan duduk 1-2 bulan saja. Ada yang mahal ada yang murah.

Tips, kalau cakap mandarin mudah, sebab tak ramai staff boleh cakap inggeris. Kalau boleh cari kedai yang sekilingnya ramai pelancong atau tempat tumpuan, situ kemungkinan boleh.

Check baki duit dan internet

Untuk kegunaan China Unicom.

Hantar sms ke 10010 dan taip 101 untuk baki nilai dan hantar.

Taip 2082 dan hantar untuk baki data internet.


Masjid Shezhen - Macam mana nak pergi (how to go to Shenzhen Mosque) - 深圳清真寺




Kalau dah sampai ke Shenzhen, kalau ada masa singgahlah ke Masjid Shenzhen yang tak jauh dari pusat bandar, dalam 7-8km. Ianya terletak Futian district 福田区. Yang paling mudah nak sampai ke sini ialah menaiki Metro line 9 dan berhenti di stesen Maling 孖岭. 

Tips bahasa: Maling ni sebenarnya perkataan dalam dialek kantonese. Kalau bacaan 孖 ni dalam mandarin ialah Zi1 (1 ialah tone pertama).  Jadi pertama kali aku pening, kenapa aku taip 'ma' tak keluar2 karakter cina tu. Lepas tanya kawan, dia cakap ni perkataan atau sebutan dalam kantonese.  

Sampai ke stesen Maling, terus cari pintu exit B. Takda eskelator, kena naik tangga. Lepas keluar je dari stesen, buat u-turn dan jalan terus dalam 250 meter, masjid akan berada disebelah kanan.



Exit B



Tempat ambil wudhu





Ruang Solat Jumaat - tingkat 3 (dlm istilah Malaysia tingkat 2)




Kalau nak jimat, naik bas, selalunya murah dan tengok dari mana juga. Tapi yang susahnya dalam bas semua karakter cina, map dia, nama stesen dia.

Bawah ialah senarai bas sampai ke stesen Meilongtian Bridge 梅龙天桥站. Lepas tu kena jalan dalam 500 meter. Guna baidu maps senang sebab lengkap. Google maps tak berguna disini.

Bas nombor (harga dan jalan berbeza):

  • m488, m391, m392 - 3 ¥
  • m417, 317 - 6 ¥
  • m447 -n/a
  • 222 - 2.5 ¥

Screenshot Baidu maps destinasi ke Masjid




Sebelah kanan masjid, ada restoren halal. Satey kambing 羊肉串 dia sedap 5 yuan secucuk. Dan sini boleh pakai kredit kad luar. 


Alamat masjid: No.7 Meilin Road, Futian District, Shenzhen, China

清真寺地址: 广东省深圳市福田区梅林路7号


Tuesday, June 25, 2019

Bayaran tanpa tunai di China menggunakan wechat dan alibaba melalui telefon pintar (Cashless Wechat wallet and Alipay usage in China)

Sesiapa yang baru-baru ni sampai dimana-mana bandar di China, mungkin  perasan yang orang disini kebanyakanya tak guna duit tunai dah. Dalam hampir semua aspek, pembelian makanan di restoren, pembelian barang di kedai runcit, naik tren Subway atau Metro (macam lrt), beli tiket dan lain-lain. 

Kalau ada wechat pay akaun, memang mudah dan pantas, tak payah nak keluarkan duit tunai dari dompet. Tapi untuk orang luar, ianya agak payah dan rumit semenjak dia orang dah 'disabled'kan option kredit kad luar negara. Agak pening gak la kenapa dia buat macam tu. Sebab dekat mana-mana pun kalau nak guna visa atau mastercard, tak semua boleh terima. Kebanyakannya dia boleh terima yang ada Unionpay. Jadi saya nak kongsikan pengalaman saya sepanjang saya berada di Shenzhen atas tujuan 'training' selama dua bulan.

Jadi mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana nak 'link' kan akaun wechat pay untuk guna di China. Kalau ikutkan di Malaysia, kita ada wechat pay dalam nilai. Tapi tak boleh guna di China. Kita kena tukar setting region supaya dia display dalam nilai yuan ¥ . Untuk kegunaan harian seperti makan di restoran, naik basikal Mobike atau Ofo (macam obike di Malaysia yang tak menjadi), dan di kedai runcit. Kalau ada memang mudah, tak payah pening2. Scan QR code kedai tu dan letak jumlah yang kena bayar, kedai akan dapat notifikasi bagi tahu berapa yuan kita dah bayar, dan betul ke tak.


Terima duit melalui kawan China guna wechat pay transfer (received money)


Contohnya nak terima duit transfer dari kawan China yang ada wechat pay dan Saya dah cuba macam-macam cara, tapi akhirnya tewas. Antara cara yang anda boleh buat: Jadi kalau nak terima duit pun, kena aktifkan QR code akaun kita supaya boleh scan dan terima duit.

Tapi baru je nak aktifkan, dia minta pengesahan samada masukkan makulmat kad bank China atau masukkan maklumat ID China (agak mustahil sebab aku warganegara Malaysia)

Cara nak aktifkan wechat wallet di China (Malaysia punya lain dan currency pun lain, tak leh guna)


1. Pergi ke option Wechat pay dalam akaun we chat



2. Pergi dekat titik tiga belah atas kanan dan pilih 'switch wallet region'.




2. Pilih Mainland China dan ia akan paparkan matawang yuan ¥

Nota: Untuk pastikan pilihan China Mainland tu muncul, anda kena pastikan wechat akaun anda kena 'link' dengan nombor telefon bimbit China. Sila tekan link berikut untuk tahu bagaimana proses membeli sim kad di China.


3. Untuk terima duit dari kawan di China, anda kena aktifkan PR code. Untuk aktifkan PR code dia akan minta pengesahan antara satu:

  • Add new card (kad bank di China)
  • Mainland ID (kad pengenalan China)







Buka akaun bank di China semata-mata untuk Wechat pay dan Alipay?

Nak buka akaun bank di China, selalu dia akan minta:

1. Passport
2. Visa
3. Kad Pengenalan negara asal
4. Alamat tempat duduk di China
5. Surat Majikan pengesahan (kebanyakkannya)

 Gambar dekat bawah sempat ambil di China Merchant Bank, tapi dalam bahasa cina.



Jadi setakat visa multiple entry dan passport tak cukup. Tapi ada juga bank yang minta dua tu je, kadang2 berjaya. Jadi kena tanya bank-bank berlainan sebab polisi masing-masing berlainan. Tapi, anda kena pandai cakap dan baca bahasa Cina, untuk memudahkan. Ada staff yang boleh English,tapi tak ramai dan tak lancar.


Kesimpulan

Jadi kesimpulannya, untuk orang yang melancong atau duduk sementara 2-3 bulan guna je la wang tunai. Tak berbaloi kot.

Untuk yang duduk disini kerja atau belajar, berbaloi untuk buka akaun bank di China, semata-semata untuk online transaction atau cashless wallet seperti wechat pay atau alipay.




Monday, January 17, 2011

Gulung lidah bunyi 'er'

Rakaman antara saya dan pemandu teksi yang bertutur dalam dialek Beijing. Semasa ini selepas saja balik dari pasar. Jadi dia agak hairan kenapa saya bertutur seperti sudah lama tinggal di Beijing. Padahal saya bercuti selama 3 minggu saja. Bunyi 'er' selalu didengar di Utara China. Saya sudah tanya beberapa kali mengenai 'er'. Dan mereka sering kata ia merupakan satu kebiasaan. Rakaman ini anda dapat dengar bagaimana jika pelancong datang ke Beijing mempunyai masalah untuk faham apa yang diperkatakan. Walaupun di Beijing masih menggunakan Bahasa Mandarin atau bahasa pertuturan biasa "普通话" , mereka masih bertutur menambah bunyi 'er' ‘儿’.



PT

Jīngcháng zǒu ma?

经常走吗?

Selalu keluar jalan-jalan kah?

AFA

Shénme?

什么?

Apa?

PT

Wǒ shuō nǐ jīngcháng zǒu ba?

我说你经常走吧?

Saya kata awak selalu keluar bersiar-siar kah?

AFA

Jīng dào?

经到?

Jing dao? [Salah sebut]

PT

Jīngcháng!

经常!

Jingchang! [bermaksud selalu]

AFA

Jīngcháng?

经常?

Oh, selalu?

PT

Zǒu dìer ba? Lù!

走地儿吧?路!

Ya, banyak menghabiskan masa atas jalan raya kan?

AFA

A, shì.

啊,是。

Oh, ya.

PT

Nà nǐ néng zhīdào. (Xiào)

那你能知道。(笑)

Oh, patutlah awak tahu jalan di Beijing.

AFA

Yǒu de dìer wǒ zhīdào.

有的地儿我知道。

Ada sesetengah tempat sahaja yang saya tahu.

PT

Duì, duì, duì.

对,对,对。

Oh, betul.

AFA

Nín shì Běijing rén ma?

您是北京人吗?

Awak orang Beijing kah?

PT

Duì, duì, duì. Kāi chūzū dōu shì Běijing rén. Jiù kāi zhèi chē de.

对,对,对。开出租都是北京人。就开这车的。

Betul. Pemandu teksi kebanyakkannya orang Beijing.

AFA

Kāi chē.

开车。

Memandu teksi.

PT

Duì. Dōu shì Běijing rén.

对。都是北京人。

Betul. Semua orang Beijing.

AFA

Shì, shì, shì, shì. Rúguǒ wàidì rén bù zhīdào.

是,是,是,是。如果外地人不知道。

Ya. Kalau orang luar [wilayah lain] yang memandu teksi, mereka tidak tahu jalan.

PT

Duì, duì, duì.

对,对,对。

Betul.

AFA

Kěnéng bù zhīdào

可能不知道。

Mungkin mereka tidak tahu.

PT

Kěnéng. Xiànzài Běijing wàidì rén yě tǐng duō le.

可能。现在北京外地人也挺多了。

Ya, mungkin. Sekarang orang luar [wilayah lain] ramai tinggal di Beijing.

AFA

Shì.

是。

Ya.

PT

Yī bān a…….duōshǎo [zhèngcháng/chéngzhǎng] le ba.

一般啊。。。多少【正常/成长?】了吧。

Sudah menjadi satu kebiasaan dan sekarang bertambah ramai.

AFA

Ng.

嗯。

Ya.


Nǐ kāichē duō jiǔ le?

你开车多久了?

Sudah berapa lama memandu teksi?

PT

7 nián ba.

7年吧。

Sudah 7 tahun.

AFA

7 nián a?

7年啊?

7 tahun?

PT

Duì, duì, duì.

对,对,对。

Betul.

AFA

Bú cuò a.

不错啊。

Boleh tahan.

PT

Ng. Hái ——

嗯。还——

Ya, boleh—

AFA

Hái xíng a?

还行啊?

Boleh tahan lah ya?

PT

Hái xíng. Yī bān, hái yǒu bǐ wǒ cháng le. Hái yǒu 10 jǐ nián.

还行。一般,还有比我长了。还有十几年。

Ya. Boleh tahan. Biasa saja, ada yang memandu lebih lama daripada saya. Ada yang lebih 10 tahun.

AFA

Hái yǒu 10 jǐ nián.

还有十几年啊?

Oh, ada yang memandu lebih 10 tahun?

PT

Ng. (Bù qīngchu)

嗯。(不清楚)

Ya. (Tidak jelas)

AFA

Nǐ shénmē shíhòu shàngbān ne?

你什么时候上班呢?

Pukul berapa awak mula bekerja?

PT

Ò, wǒ 11 diǎn.

哦,我11点。

Oh, saya kerja pukul 11 pagi.

AFA

11 diǎn a? Dào jǐ diǎn ne? Wǎnshàng?

11点啊?到几点呢?晚上?

Pukul 11 pagi? Sampai pukul berapa? Malam?

PT

Búshì dào wǎnshàng--. Dào míngtiān 11 diǎn. 24 gè xiǎoshí.

不是到晚上—。到明天11点。24个小时。

Tak. Sampai esok, pukul 11 pagi. Saya bekerja 24 jam.

AFA

O.....

哦。。。

Oh.....

PT

Jiào “dà bān” wǒmen jiào “dà bānr.”

叫“大班”。我们叫“大班儿。”

Kami [orang Beijing] memanggilnya “da banr.”

AFA

Dà bānr.

大班儿。

Da banr [kerja 24 jam, selalu digunakan di kalangan pemandu teksi]

PT

‘Shàngbānr’ de ‘bān.’

‘上班儿’的‘班’。

‘Ban’ seperti ‘Shang ban.’

AFA

Ng, duì.

嗯,对。

Oh, betul.

PT

Gēn shàngbānr yīyàng a. 24 ge xiǎoshí, jiùshì yītiān yī xiū, yītiān yī yè ba.

跟上班儿一样啊。24个小时,就是一天一休,一天一夜吧。

Sama sahaja bekerja seperti biasa . Cuma bekerja selama 24 jam. Kerja sehari, esok cuti. Kerja satu hari sampai esoknya.

AFA

Ng.

嗯。

Ya.

PT

[Yǒu shìr yào shìr?]

【有事儿要事儿?】

[Tidak pasti apa yang dikatakan]

AFA

Chē duō le a?

车多了啊?

Kenderaan terlalu banyak.[Sambil tengok luar tingkap teksi]

PT

Tài duō le. Chū ménr chē yě duō rén yě duō le. Méiyǒu bànfǎ. Zhōngguó jiùshì rén tài duō le.

太多了。出门儿车也多人也多了,没有办法。中国就是人太多了。

Terlalu banyak. Keluar rumah saja kenderaan banyak, orang pun ramai. Tiada jalan penyelesaian. Penduduk China terlalu ramai.

AFA

Shì.

是。

Ya.

PT

Jìhuàshēngyù hái bùxíng ma.

计划生育还不行嘛。

Perancangan keluarga masih tidak stabil.


(Chànggē)

(唱歌)

(Menyanyi)

AFA

Nǐ zhù shénme dìfāng de?

你住什么地方的?

Awak tinggal dimana?

PT

Wǒ zhù….. Mìyún.

我住。。。密云。

Saya tinggal di Miyun.

AFA

Mìyún? Yǒu diǎnr yuǎn a. Dàgài 1 gè xiǎoshí dào nèi—

密云?哦。有点儿远啊。大概1个小时到那—

Oh, Miyun. Jauh juga dari sini. Lebih kurang 1 jam sampai sana—

PT

Dào bù liǎo. 70 gōng lǐ.

到不了。70公里。

Jauh. 70 km.

AFA

70 gōng lǐ a?

70公里啊?

70km ya?

PT

Duì. 70.

对。70。

Betul. 70km.

AFA

Wǒ qù guo nèibiān Mìyún a, qù le Sīmǎtái, Chángchéng.

我去过那边密云啊,去了司马台,长城。

Saya pernah sampai ke Miyun. Tahun lepas semasa hendak melawat Tembok Besar China di Simatai.

PT

Duì, duì, duì. Sīmǎtái jiùshì nèigè. Nèibiānr lǐ wǒmen de jiā yǒu….yě yǒu 50 gōng lǐ ba.

对,对,对。司马台就是那个。那边儿里我们的家,有。。。也有50公里吧。

Oh, betul. Di Simatai ada Tembok Besar China. Dari tempat saya lebih kurang 50km.

AFA

50 gōng lǐ.

50公里。

50km.

PT

Duì.

对。

Betul.

AFA

Wǒ dào Mìyún de shíhòu, qùnián qù le, ránhòu méi—. Qù Chángchéng méiyǒu nèigè, gōng jiāo méiyǒu. Hēi chē, nèigè hēi chē.

我到密云的时候,去年去了,然后没—。去长城没有那个,公交没有。黑车,那个黑车。

Sebelum sampai ke Tembok Besar China, saya perlu pergi ke Miyun dahulu. Di sana tiada bas yang ke Tembok Besar. Yang ada cuma kereta biasa [Heiche] yang beroperasi seperti teksi.

PT

Hēi chē. Duì, duì, duì.

黑车。对,对,对。

Heiche. Betul

AFA

Guì a! (Xiào)

贵啊!(笑)

Mahal! (Ketawa)

PT

Tāmen……kǎn jiàr

他们。。。砍价儿。

Boleh kurang harga.

AFA

Kǎn jiàr?

砍价儿?

Oh, boleh kurang harga lagi ya?

PT

Duì. Chē shàng dá biǎo. Yīnwei…. zhèigè….dōu shì Běijing chéng lǐ de pào bā chūzūchē. Tā nèi jiù shǔyú chéng xiāng. Mìyún búshì xiāng ma? Nà jiùshì dōu hēi chē, suǒyǐ bà jiùshì hēi chē. Kěyǐ yíngyòng kěyǐ lāhuór, méiyǒu rén guān. Chīfàn ba. Wèi le chīfàn ér chīfàn. (Xiào) Wèi le chīfàn ér gān.

对。车上打表。.因为。。这个。。都是北京城里的泡巴出租车。它那个就属于城乡。密云不是乡吗? 那就是都黑车,所以把就是黑车。可以营用,可以拉活儿,没有人关。吃饭吧。为了吃饭而吃饭。(笑)为了吃饭而干。

Ya. Kereta biasa[Heiche] yang beroperasi seperti teksi. Kerana Heiche juga merupakan salah satu kenderaan awam di Beijing dan Miyun masih dilingkungan kawasan bandar. Sebab itu ada Heiche. Ianya boleh beroperasi dan boleh cari duit. Orang lain pun tak kisah. Sebab nak cari makan. Nak makan kena cari duit, (ketawa) lepas itu kerja lagi.


Tā cóng—. Nǐmen bú huì zuò 980 guòqù ma?

它从—。 你们不会坐980过去吗?

Dari....awak pernah naik bas nombor 980 [ke Miyun] kan?

AFA

Shénme?

什么?

Apa?

PT

Nǐmen xiǎng wánr zài Sīmǎtái?

你们想玩儿在司马台?

Awak kata tadi pernah pergi Simatai [Tembok Besar China] kan?

AFA

Shì.

是。

Ya.

PT

Zuò 980, dào chēzhàn, ránhòu zài zhǎo yī gè chē. Piányi. Huòzhě jǐ gè rén zuò yī gè chē tài piányi le.

坐980 ,到车站,然后再找一个车。便宜。或者几个人坐一个车太便宜了。

Naik bas 980, sampai stesen bas Miyun, lepas itu cari kereta [Heiche] yang pergi ke Tembok Besar Simatai. Murah. Ada yang boleh membawa ramai orang sekali gus, terlalu murah.

AFA

Duō shǎo qián ne?

多少钱呢?

Berapa harga pula itu?

PT

Bǐrú shuō, nǐ qù 4 gè, 5 gè, 4 gè rén, yī bān yǒu xiǎochē dà chē, xiǎochē a. Hái yǒu zuò dǐngduō 4 gè rén(r) nǐ 1 gè rén(r) gěi tā…..20 kuài qián.

比如说,你去4个,5个,4个人,一般有小车,大车,小车啊 。 还有坐顶多4个人。你1个人给他。。20块钱。

Contohnya, awak pergi seramai 4 atau 5 orang, sampai Miyun ada kereta besar [van] dan ada juga kereta biasa yang boleh muat 4 orang. Seorang bayar 20 yuan.

AFA

25 kuài ba?

25块吧?

25 yuan ke?

PT

25.

25。

25.

AFA

25 a?

25 啊?

25 ya?

PT

20 yě kěyǐ.

20也可以。

20 yuan pun boleh.

AFA

Nǐ zhīdào wǒ qù Chángchéng de shíhòu nèigè Sīmǎtái a, dàgài 100 kuài qián a.

你知道我去长城的时候,那个司马台啊,大概100块钱啊。

Awak tahu tak? Semasa saya pergi ke Tembok Besar, saya dan kawan terpaksa bayar lebih kurang 100 yuan.

PT

Chàbùduō.

差不多。

Lebih kurang lah tu.

AFA

Yīnwei wǒmen shì lǎowài (xiào) suǒyǐ wǒmen bù zhīdào, wǒmen bù zhīdào.

因为我们是老外(笑)所以我们不知道啊,我们不知道。

Kerana kami orang luar (ketawa) jadi kami tidak tahu apa-apa.

PT

Méi shìr, nín gēn tā kǎn yā. Nǐ shuō “duō le wǒ bù qù.” Jiù “100, 80, nǐ qù bù qù?” yǒu de shì chē, tā bù qù, tā qù, shì ba? —————kǎn, kǎn dàtuǐ. Duō kǎn. “Gěi de 60!”

没事儿,您跟他砍呀。你说“多了我不去”。就“100,80,你去不去?”有的是车,他不去,他去,是吧?—————砍,砍大腿,多砍。“给的60!”

Tiada masalah. Awak masih boleh tawar harga. Awak cakap “mahal sangat saya tak nak.” Lepas itu mereka [pemandu Heiche] akan cakap “baiklah 100? 80? Nak pergi tak?” Ada yang setuju ada yang tak. Betul tak? Awak tawar harga yang paling rendah. Akhirnya mereka akan beri “baiklah 60 yuan!”

AFA

60. (Xiào) Zuì piányi de ba?

60。(笑)最便宜的吧?

60. (Ketawa) Harga paling murah lah tu?

PT

A. Yào bù nín qù. (Xiào)

啊。要不您去。60。(笑)

Ya. Apa lagi, sudah sampai 60 yuan, naik sudah! (Ketawa)


Nín dāi Běijīng shíjiān bù duǎn le ba?

您呆北京时间不短了吧?

Awak lama tinggal di Beijing ya?

AFA

Wǒ 1 gè—. 3 gè xīngqī—

我1个—--。3个星期—

Oh, tidak lah. 3 minggu sahaja.

PT

Dāi de 3 gè xīngqī?

呆的3个星期。

Oh, tinggal selama 3 minggu saja.

AFA

Jiùshì lǚyóu, wánr.

就是旅游,玩儿。

Saya datang melancong.

PT

Shuō huà gòu liúlì de.

说话够流利的。

Pertuturan awak sudah cukup lancar.

AFA

Shì ma?

是吗?

Ya ke?

PT

Hái kěyǐ.

还可以。

Boleh tahan.

AFA

Zài Mǎláixīyà—. Wǒ shì Mǎláixīyà rén suǒyǐ zài Mǎláixīyà xué hànyǔ.

在马来西亚—。我是马来西亚人,所以在马来西亚学汉语。

Di Malaysia saya belajar Bahasa Cina.

PT

Xué hànyǔ.

学汉语。

Oh, belajar Bahasa Cina.

AFA

Shì.

是。

Ya.

PT

Nà xué de gòu kuài. Gòu cōngmíng.

那学的够快。够聪明。

Awak belajar cepat faham. Awak memang pintar.

AFA

Shì ma? (Xiào) Xièxiè a.

是吗?(笑)谢谢啊。

Ya ke? (Ketawa) Terima kasih.

PT

Méi shìr. [Nǐ méi cuòr?]

没事儿。【你没错儿?】

Tiada masalah. [Awak tiada silap pun?]

AFA

Nèibiānr lùkǒu zuǒ guǎi.

那边儿路口左拐。

Simpang itu belok kiri.

PT

Zuǒ guǎi?

左拐?

Belok kiri ya?

AFA

Búshì, qiánmiàn.

不是,前面。

Eh, bukan. Depan lagi.

PT

Zhèr zuǒ guǎi?

这儿左拐?

Sini belok kiri?

AFA

Yīzhízǒu, yīzhízǒu. Bù hǎo yìsī.

一直走,一直走。不好意思。

Bukan. Terus lagi. Maaf.

PT

Méi shìr, méi shìr, méi shìr guòbúqù. (Xiào)

没事儿,没事儿,没事儿。过不去。(笑)

Tiada masalah. Jalan tadi memang tidak boleh lalu pun. (Ketawa)


Mǎláixīyà gēn Zhōngguó tǐng yǒu hǎo de, shì ba?

马来西亚跟中国挺友好的,是吧?

Hubungan Malaysia dan China bagus kan?

AFA

Hǎo xiàng a.

好像啊。

Nampaknya begitulah.

PT

Hái kěyǐ.

还可以。

Boleh tahan lah.


Zài zhèi dìer, tāmen zài…..

在这地儿,他们在。。。

Ada sekali di mana ya?Kedua-dua negara......

AFA

Zhèbian.

这边。

Masuk sini. [Tunjuk jalan]

PT

Tāmen zài….. liǎng guó zài (bù qīngchu) de shénme zài jūn yǎn shì ba?

他们在。。。两国在(不清楚)的什么在军演是吧?

Negara China dan Malaysia di...(kurang jelas) ada latihan ketenteraan.Betul kan?

AFA

Shénme? Qùnián?

什么?去年?

Apa? Tahun lepas? [silap dengar]

PT

Jūnshì yǎnxí, liánhé de.

军事演习,联合的。

Kerjasama dalam latihan ketenteraan.

AFA

Liánhé a?

联合啊?

Oh , saya tidak pasti.

PT

A.

啊。

Ya.

AFA

Wǒmen hái xíng.

我们还行。

Hubungan negara Malaysia dan China boleh tahan lah.


Tíng nàr ba.

停那儿吧。

Berhenti situ.

PT

Tíng nàr shì ba?

停那儿是吧?

Turun situ ya?

AFA

Shì.

是。

Ya.

PT

Hǎo dì.

好的。

Baiklah.

AFA

Qiánmiàn, ménkǒu. Zhèr kěyǐ a.

前面,门口。这儿可以啊。

Depan sikit, depan pintu masuk itu. Berhenti sini pun boleh lah.

PT

Ó. Duì, duì.

哦。对,对。

Baiklah.

AFA

Shì duōshǎo qián a?

是多少钱啊?

Berapa harga?

PT

10 kuài.

10块。

10 yuan.


(Bù qīngchu)

(不清楚)

(Kurang jelas)

AFA

Shì. 5—. 1,2,3,4,5. [Shǔ qián]

是。5—。1,2,3,4,5。【数钱】

Ya. [Kira duit]

PT

Hǎo dì. Màn diǎnr a.

好的。慢点儿啊。

Baiklah. Jaga diri.

AFA

Xièxiè a.

谢谢啊。

Terima kasih.

PT

Búkèqì. Màn diǎnr a.

不客气。慢点儿啊。

Sama-sama. Jaga diri.

AFA

A, xíng.

啊,行。

Baiklah.