Tuesday, June 25, 2019

Bayaran tanpa tunai di China menggunakan wechat dan alibaba melalui telefon pintar (Cashless Wechat wallet and Alipay usage in China)

Sesiapa yang baru-baru ni sampai dimana-mana bandar di China, mungkin  perasan yang orang disini kebanyakanya tak guna duit tunai dah. Dalam hampir semua aspek, pembelian makanan di restoren, pembelian barang di kedai runcit, naik tren Subway atau Metro (macam lrt), beli tiket dan lain-lain. 

Kalau ada wechat pay akaun, memang mudah dan pantas, tak payah nak keluarkan duit tunai dari dompet. Tapi untuk orang luar, ianya agak payah dan rumit semenjak dia orang dah 'disabled'kan option kredit kad luar negara. Agak pening gak la kenapa dia buat macam tu. Sebab dekat mana-mana pun kalau nak guna visa atau mastercard, tak semua boleh terima. Kebanyakannya dia boleh terima yang ada Unionpay. Jadi saya nak kongsikan pengalaman saya sepanjang saya berada di Shenzhen atas tujuan 'training' selama dua bulan.

Jadi mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana nak 'link' kan akaun wechat pay untuk guna di China. Kalau ikutkan di Malaysia, kita ada wechat pay dalam nilai. Tapi tak boleh guna di China. Kita kena tukar setting region supaya dia display dalam nilai yuan ¥ . Untuk kegunaan harian seperti makan di restoran, naik basikal Mobike atau Ofo (macam obike di Malaysia yang tak menjadi), dan di kedai runcit. Kalau ada memang mudah, tak payah pening2. Scan QR code kedai tu dan letak jumlah yang kena bayar, kedai akan dapat notifikasi bagi tahu berapa yuan kita dah bayar, dan betul ke tak.


Terima duit melalui kawan China guna wechat pay transfer (received money)


Contohnya nak terima duit transfer dari kawan China yang ada wechat pay dan Saya dah cuba macam-macam cara, tapi akhirnya tewas. Antara cara yang anda boleh buat: Jadi kalau nak terima duit pun, kena aktifkan QR code akaun kita supaya boleh scan dan terima duit.

Tapi baru je nak aktifkan, dia minta pengesahan samada masukkan makulmat kad bank China atau masukkan maklumat ID China (agak mustahil sebab aku warganegara Malaysia)

Cara nak aktifkan wechat wallet di China (Malaysia punya lain dan currency pun lain, tak leh guna)


1. Pergi ke option Wechat pay dalam akaun we chat



2. Pergi dekat titik tiga belah atas kanan dan pilih 'switch wallet region'.




2. Pilih Mainland China dan ia akan paparkan matawang yuan ¥

Nota: Untuk pastikan pilihan China Mainland tu muncul, anda kena pastikan wechat akaun anda kena 'link' dengan nombor telefon bimbit China. Sila tekan link berikut untuk tahu bagaimana proses membeli sim kad di China.


3. Untuk terima duit dari kawan di China, anda kena aktifkan PR code. Untuk aktifkan PR code dia akan minta pengesahan antara satu:

  • Add new card (kad bank di China)
  • Mainland ID (kad pengenalan China)







Buka akaun bank di China semata-mata untuk Wechat pay dan Alipay?

Nak buka akaun bank di China, selalu dia akan minta:

1. Passport
2. Visa
3. Kad Pengenalan negara asal
4. Alamat tempat duduk di China
5. Surat Majikan pengesahan (kebanyakkannya)

 Gambar dekat bawah sempat ambil di China Merchant Bank, tapi dalam bahasa cina.



Jadi setakat visa multiple entry dan passport tak cukup. Tapi ada juga bank yang minta dua tu je, kadang2 berjaya. Jadi kena tanya bank-bank berlainan sebab polisi masing-masing berlainan. Tapi, anda kena pandai cakap dan baca bahasa Cina, untuk memudahkan. Ada staff yang boleh English,tapi tak ramai dan tak lancar.


Kesimpulan

Jadi kesimpulannya, untuk orang yang melancong atau duduk sementara 2-3 bulan guna je la wang tunai. Tak berbaloi kot.

Untuk yang duduk disini kerja atau belajar, berbaloi untuk buka akaun bank di China, semata-semata untuk online transaction atau cashless wallet seperti wechat pay atau alipay.




No comments:

Post a Comment