
Kalau dah sampai ke Shenzhen, kalau ada masa singgahlah ke Masjid Shenzhen yang tak jauh dari pusat bandar, dalam 7-8km. Ianya terletak Futian district 福田区. Yang paling mudah nak sampai ke sini ialah menaiki Metro line 9 dan berhenti di stesen Maling 孖岭.
Tips bahasa: Maling ni sebenarnya perkataan dalam dialek kantonese. Kalau bacaan 孖 ni dalam mandarin ialah Zi1 (1 ialah tone pertama). Jadi pertama kali aku pening, kenapa aku taip 'ma' tak keluar2 karakter cina tu. Lepas tanya kawan, dia cakap ni perkataan atau sebutan dalam kantonese.
Sampai ke stesen Maling, terus cari pintu exit B. Takda eskelator, kena naik tangga. Lepas keluar je dari stesen, buat u-turn dan jalan terus dalam 250 meter, masjid akan berada disebelah kanan.
Exit B
Tempat ambil wudhu
Ruang Solat Jumaat - tingkat 3 (dlm istilah Malaysia tingkat 2)
Kalau nak jimat, naik bas, selalunya murah dan tengok dari mana juga. Tapi yang susahnya dalam bas semua karakter cina, map dia, nama stesen dia.
Bawah ialah senarai bas sampai ke stesen Meilongtian Bridge 梅龙天桥站. Lepas tu kena jalan dalam 500 meter. Guna baidu maps senang sebab lengkap. Google maps tak berguna disini.
Bas nombor (harga dan jalan berbeza):
Bawah ialah senarai bas sampai ke stesen Meilongtian Bridge 梅龙天桥站. Lepas tu kena jalan dalam 500 meter. Guna baidu maps senang sebab lengkap. Google maps tak berguna disini.
Bas nombor (harga dan jalan berbeza):
- m488, m391, m392 - 3 ¥
- m417, 317 - 6 ¥
- m447 -n/a
- 222 - 2.5 ¥
Sebelah kanan masjid, ada restoren halal. Satey kambing 羊肉串 dia sedap 5 yuan secucuk. Dan sini boleh pakai kredit kad luar.
Alamat masjid: No.7 Meilin Road, Futian District, Shenzhen, China
清真寺地址: 广东省深圳市福田区梅林路7号




No comments:
Post a Comment