Wednesday, June 26, 2019

Pembelian Sim Kad di China

Sesiapa yang pernah datang China 8 tahun lepas, mesti tahu pembeli sim kad mudah, boleh didapati mana-mana kedai runcit dan juga kiosk tepi jalan (yang kedai jual-jual air). Tapi sekarang dah berubah. Keadaan agak rumit sikit, tapi masih mudah. Dan harga dia mahal sikit je la dari yang sebelum ni.

Sekarang nak beli nombor sim kad baru kena pergi store operator tu sendiri.


Operator yang ada di China (setakat yang saya tahu)

  • China Mobile
  • China Unicom
  • China Telecom

Sebelum datang ke sini anda boleh buat 'research' dekat mana kedai atau 'branch' yang berdekatan dengan tempat penginapan. Di lapangan terbang mesti ada jual, cuma kalau 'walk-in' dikedai ada banyak pakej yang boleh pilih mengikut kesesuaian ataupun jangka masa di China. 

Proses untuk beli sim kad
  • Passport
  • Duit
Dua benda di atas tu je yang perlu untuk beli sim kad. Staff dia akan scan passport dan juga ambil gambar kita tujuan untuk pendaftaran. Tak lama pun buat, mungkin dalam 15 minit siap. Dan dia akan suruh kita pilih nombor. Lepas tu dia akan aktifkan sim kad dan masuk dalam hp.

Setakat ni saya guna China Unicom 中国移通. Saya bayar 100 yuan. Pakej yang saya pilih ialah 19 yuan 1Gb internet untuk sebulan, dan ada baki 120 yuan didalam. Kira tak ada caj sebab topup banyak. Jadi yang ingin melancong beberapa hari atau seminggu macam tak berbaloi topup sampai 100 yuan. Jadi yang ni kena tanya staff, saya tak sempat tanya sebab dia bagi pakej ni memandangkan saya akan duduk 1-2 bulan saja. Ada yang mahal ada yang murah.

Tips, kalau cakap mandarin mudah, sebab tak ramai staff boleh cakap inggeris. Kalau boleh cari kedai yang sekilingnya ramai pelancong atau tempat tumpuan, situ kemungkinan boleh.

Check baki duit dan internet

Untuk kegunaan China Unicom.

Hantar sms ke 10010 dan taip 101 untuk baki nilai dan hantar.

Taip 2082 dan hantar untuk baki data internet.


No comments:

Post a Comment